Followers

Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

#105 Priceless


Lebih takut tidak punya masa, dari tidak berharta.
Punya banyak harta, bukan kau boleh beli masa
 -- duit ada, tapi esok belum pasti ada.
Punya masa; lagi kaya dari yang banyak harta
 -- kalau esok kau masih ada, maka kau ada peluang cuba banyak benda.

Hargai yang ada, selagi ada
 -- jangan dikejar yang tiada jaminannya.

Hari ini kaya, kalau esok mati,
tidak juga kau bisa bawa semuanya ke kubur.
Dan kalau kau diberi lebih satu hari untuk bernafas,
masih kau bisa luangkan masa dengan kesayangan.

Masa adalah sesuatu yang tidak bertanda harga.

Kalau masa bisa dijual-beli,
rasanya aku yang paling miskin sekali.


sarahsaa'din


Friday, August 14, 2015

#101 Calar



Jika aku-mu bisa menatap rupa-ku yang tidak mulus lagi berparut, sudi-kah kiranya kau menerima hati-ku penuh calar lagi berbekas duka?

sarahsaa'din

Wednesday, June 3, 2015

#99 Masih Tetap Di Situ


Aku tahu rasanya bila-mana
mata kau masih tetap disitu
buat bertahun lama,
tetapi hati tidak juga berganjak.

Rasanya sama seperti
kau tetap memandang belakang dia
dalam diam,
berharap dia 'kan sedar

Kiranya bertahun dia tetap juga
tidak menoleh ke belakang,
ada wajarnya
kau pula menoleh ke kiri kanan.

Mana tahu,
ada sepasang mata dalam diam,
mengharap peluang
untuk dia melepas panah ke hati kau.
Siapa tahu ?

sarahsaa'din

Wednesday, April 8, 2015

#96 Karakter


"Kau dah banyak berubah."

Salah.
Tidak pernah berubah,
cuma bertukar topeng
yang berlainan cerita setiap satunya
yang aku guna-pakai
di lain-lain masa.

Kau juga ada.
Mereka yang lain juga.
Cumanya,
topeng-topeng kau,
tidak pernah aku beza-bezakan.
Kerana selagi si pemakainya; -- kau,
masih tetap aku suka.

itu bezanya orang yang pandang rupa,
dengan orang yang suka karakternya.

sarahsaa'din

Sunday, December 28, 2014

#93 Farewell 2014


One of many years that I wish to remember for many years to come -- 2014.

2014 has been too good for me. So many good things happened. So many good memories I have made. I learnt about how's life being so fair to me, I learnt that best friends can either be your family or foes, and I got to know the feeling of seeing beautiful rainbow after stormy rainy weather. 2014 helped me find my oneself, helped me forgot those struggling year of 2012 and self-recovery phase in 2013. This year proved I grew stronger than before, in a new self-perspective, and yeah, I like this new me.

Scrolling down my Facebook timeline for this year and I realized that I have achieved so many personal goals. Though I struggled at first, but then, in the end I smiled and being proud of myself. Not just to say that I'm proud of myself as I graduated this year along with my fellow friends, but the most important thing that I have achieved in this year was, I re-discovered myself.

Since two years ago, I was not really emotionally stable, but I hid it well. Yeah, I expressed them mostly through writing. Sometimes I did cried myself to sleep yet still managed to put a smile on my face the next day. I was a little bit lost back then, and it took me two freaking years to be at this point I am standing right now. I have being mean towards few people simply because I found it was too hard for me to explain to them, or maybe they might not gonna understand my problems at all.

I learnt a lot about life.
1. Life is like a mysterious maze.
2. Look for Him, you will found your way.
3. You are on the right track when you are not interested with the past.

I learnt a lot about myself.
1. Writing is a therapy for me.
2. It also an escapism for me and makes me a little less cruel.
3. To only think about your feelings is not selfish. It is self-respect.

Life-hack that I have learnt:
"Pura-pura kau kuat, sampai satu masa kau lupa kau lagi sedang pura-pura, dan yang cuma tinggal hanya kau yang kuat sahaja."




Aku masih dalam perjalanan
mencari aku, juga sedang mengenal Tuhan.
sarahsaa'din



Saturday, September 20, 2014

#91 Takut


aku gemar menulis.
sekadar melapangkan dada
dengan berkongsi rasa yang ada
tentang pelbagai perkara.

tapi aku takut.
gusar juga.
risau sekiranya ada yang menganggap
aku sebagai sebuah buku yang mudah
ditafsir isi kandungannya.

kerana setahu aku,
setiap rasa yang aku coretkan
tidak separuh pun daripada
apa yang cuma aku faham.

sarahsaadin

#90 At A Junction


Why keep coming back when you don't wanna stay for once?
I refuse to reply your another "Hello" after several painful "Goodbye"
Tired of holding on to your false hope
Tired of chasing your steps
So now, just let me walk off you
And I shall let you run after my shadow,
as I'm turning my back on you.

sarahsaadin

Monday, August 11, 2014

#89 Bayu


seperti bayu
yang datang tanpa dirindu
pada waktu tak terjangka,
pergi sebelum puasnya candu
tanpa sempat bertegur sapa.


Friday, March 22, 2013

#64 Sayonara


Jauh-jauh terbang,
terbang ke negara orang,
untuk belajar susah senang,
sayang kami, tinggal-tinggalkan,
sayang kamu, kami doakan,
jangan lupa, kenang-kenangkan,
sungguh kami tiada di pandangan,
kami ada saat kamu susah senang.


Terbang baik-baik, sayang.
Moga semuanya senang.


sarahsaadin

Saturday, February 9, 2013

#61 Hujan Petang


Perlahan-lahan
Awan merendahkan diri
Mengalirkan warna air
Pada bumi.

Terduduk aku
Di kamar sepi
Menghela bayu dingin.

Perlahan-lahan
Titisan halus menikam
Bagai dingin lembing menusuk
Satu demi satu
Hilang bersama debu,
bersama aku.

sarahsaadin

Saturday, December 15, 2012

#57 Because I Once Loved You Before


Apa mahu mu ?
Beritahu aku .

Banyak berkongsi cerita,
setelah lama tidak bersua.
Tapi, tidak semuanya.

Aku akui.
Terasa selesa bersama.
Habiskan masa seperti dahulu kala.
Tidak tahu silapnya di mana,
kerana sudah tiada lagi "kita".

Pesan aku ;
"Jangan buat rasa itu datang balik".
Bukan tak mahu,
tapi takut.
Takut yang paling susah aku buang.

Mungkin aku keliru dengan rasa sendiri.
Mohon kotak hati terus kukuh.
Penat siang malam berkerah tenaga,
membina semula.
Belum masanya untuk roboh.

I was >thisclose< to love you once again.

Friday, December 14, 2012

#56 Don't Play With The Fire


Dalam masa dua bulan ini,
aku bahagia.
Gembira diberi peluang merasa,
bahagia dahulu yang pernah milik kita.
Tapi, aku fikir, aku perlu berjaga-jaga.
Kerana hati ini,
hati-hati untuk tidak leka,
apabila aku sudah mula rasa selesa.
Takut dahulu itu masa ada.

Mungkin, kau perlu cuba.
Cuba lebih dari mulanya.
Kerana payah buat aku terima,
seperti sebelumnya.
sarahsaadin

Thursday, November 29, 2012

#55 I Don't Want a Repetitive Event


Agak kekok bila malam aku
mula terisi dengan kamu.
Lagi kekok bila kamu
bicara perihal dua tahun lalu.
Aku keliru,
tidak tahu apa mahunya kamu.

Aku takut kalah dengan bayang sendiri.
Takut luka lama berdarah kembali.
Juga risau peristiwa sama berulang lagi.
Berkemungkinan aku akan jatuh
pada tempat yang sama,
kalau terus begini.

sarahsaadin

Wednesday, November 14, 2012

#54 Kadang-Kadang


Orang kata, tak baik tinggalkan orang.
Tak baik juga lukakan hati orang.
Takut-takut nanti dibalas sedemikian rupa.
Tapi, adil kah buat kita yang selalu ditinggalkan ?
Kenapa adil pula buat dia yang meninggalkan ?
Adil jugak kah untuk kalian menghakimi ?

"Kadang kadang, kita kena tinggalkan orang untuk kebaikan diri kita sendiri.
Kadang kadang, kita tinggalkan orang sebab harga diri.
Walaupun hati rasa sayang separuh mati.
Kadang kadang, benda ini semua susah bagi kita.
Tapi ada masa kita terpaksa, kalau tak, derita sehingga penghujungnya."



Saturday, September 29, 2012

#44 Untitled


Tiga bulan yang lalu,
masih ku bilang sayang.
Oh, rasa itu sudah lama hilang.
Hingga tiba suatu hari,
muncul seorang lagi,
yang buat aku jatuh kembali.
Jatuh terjelepok, sakit.
Jatuh ke tempat yang sama.
Tempat di mana asalnya
aku nekad mahu mula semula.


sarahsaadin

Tuesday, September 18, 2012

#41 Satu Kurnia


Rasa itu satu kurnia.
Jangan dibuang begitu sahaja.
Ia hadir tanpa diduga, tidak semena.
Jangan dipersia-sia.

Jangan permainkan rasa,
sungguh pun kau tak suka.
Kelak, hilangnya ia,
tiada rasa nikmat dunia.

Sungguh kau buta.

sarahsaadin