Followers

Wednesday, April 8, 2015

#96 Karakter


"Kau dah banyak berubah."

Salah.
Tidak pernah berubah,
cuma bertukar topeng
yang berlainan cerita setiap satunya
yang aku guna-pakai
di lain-lain masa.

Kau juga ada.
Mereka yang lain juga.
Cumanya,
topeng-topeng kau,
tidak pernah aku beza-bezakan.
Kerana selagi si pemakainya; -- kau,
masih tetap aku suka.

itu bezanya orang yang pandang rupa,
dengan orang yang suka karakternya.

sarahsaa'din

No comments: