Followers
Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts
Monday, August 11, 2014
#89 Bayu
seperti bayu
yang datang tanpa dirindu
pada waktu tak terjangka,
pergi sebelum puasnya candu
tanpa sempat bertegur sapa.
Wednesday, September 18, 2013
#78 Getar Hati
Bergetar hati tika nampak kau di hujung kerlingan mata,
walau kau melintas cuma.
sarahsaa'din
Tuesday, September 17, 2013
#77 Berlawanan
Dilihat pada garismasa,
Siangku sepertinya malam kamu,
Siangnya kamu malam kelam bagi aku.
Takkan terselisih.
sarahsaa'din
Sunday, October 28, 2012
#52 Bulan
Kamu tak pernah terkecuali dalam doa aku.
Cuma tu termampu aku.
Paling tidak, sudah aku ikhlaskan hati,
dari terus membenci.
Tak boleh nak benci, sebab hati dah suka.
Aku tak mewah untuk belikan yang mahal.
Tapi, aku ikhlas untuk mendoakan.
Selamat ulang tahun.
Moga tercapai apa yang dihajati kamu.
sarahsaadin
Sunday, October 21, 2012
#50 Obsesi Galaksi
Obsesi aku pada
sang purnama.
Rembulan mengambang,
bercahaya terang.
Ingin sekali
menggapai bulan.
Tapi sayang,
hanya bisa dipandang.
Sama seperti
bintang di sisi.
Bulan itu,
bukan kamu.
Bintang juga,
bukan aku.
Tapi, itu.
*tunjuk pada galaksi*
sarahsaadin
Thursday, September 20, 2012
#42 Bukan Langit Kita
"Bintang, teruslah bersinar. Mahu aku tidur di bawah kerdipan kamu."
"Bulan itu sentiasa ada walaupun tidak kelihatan, kerana saya rasa kehadirannya disebalik awan kelam."
"Bintang tidak kelihatan untuk menemani bulan pada malam ini,
akan tetapi ia masih kelihatan dalam bayangan mata ini."
"Bintang itu ada, cuma kadang tidak begitu kelihatan.
Mungkin kerana bulan itu lebih bersinar dan menerangi langit malam."
"Bulan tidak bercahaya. Bulan cuma pinjam cahaya,
dari bintang (iaitu Matahari) yang dipantulkan ke bumi."
"Bulan hilang saat mentari datang.
Aku takut kalau ia selamanya hilang."
"Bulan tidak pernah hilang di siang hari,
bulan cuma tidak kelihatan. Tetapi, ia sentiasa ada di sisi."
"Langit gelap, kelam sekali. Tiada nampak, bayang dinanti.
Duhai bulan, tunjukkan diri. Aku rindu sekali."
"Langit malam, guruh berbunyi. Tanda hujan membasahi bumi.
Bulan oh bulan, tolong terangi, malam yang sepi."
"Ke mana hilangnya bintang penyeri, kembalilah lagi.
Malam ini sunyi sekali."
"Kini langit cerah kembali,
muncul lah bulan serta penyeri di sisi."
"Bulan tampak terang sekali, mungkin kerana punya bintang hati."
Kini, kita tidak lagi membicarakan tentang hati.
Kerana langit ini bukan kita miliki.
Terima kasih kerana pernah singgahi, hati kering ini.
Terima kasih juga kerana berlalu pergi, tanpa aku sedari.
sarahsaadin
Subscribe to:
Posts (Atom)