Followers

Showing posts with label memyselfandi. Show all posts
Showing posts with label memyselfandi. Show all posts

Wednesday, March 9, 2016

#106 Belum Penamat


Penat usaha,
masih di tempat sama.
Gigih bekerja,
masih juga di tokok sama.
Walau berkali jatuh, tak apa
rezeki masing-masing tak sama.

"because life is a never-ending marathon"

koma tak apa, noktah jangan.
sarahsaa'din

Tuesday, January 12, 2016

#105 Priceless


Lebih takut tidak punya masa, dari tidak berharta.
Punya banyak harta, bukan kau boleh beli masa
 -- duit ada, tapi esok belum pasti ada.
Punya masa; lagi kaya dari yang banyak harta
 -- kalau esok kau masih ada, maka kau ada peluang cuba banyak benda.

Hargai yang ada, selagi ada
 -- jangan dikejar yang tiada jaminannya.

Hari ini kaya, kalau esok mati,
tidak juga kau bisa bawa semuanya ke kubur.
Dan kalau kau diberi lebih satu hari untuk bernafas,
masih kau bisa luangkan masa dengan kesayangan.

Masa adalah sesuatu yang tidak bertanda harga.

Kalau masa bisa dijual-beli,
rasanya aku yang paling miskin sekali.


sarahsaa'din


Sunday, August 16, 2015

#102 Bayang Kamu


Inspired by my random thoughts that I tweet-ed on Aug 5, 2015.




bila pagi,
aku bisa melihat bayang ayah semalam
di meja kerjanya,
berteleku dengan buku.

menjengah senja,
aku seperti terlihat bayang ibu
di teres rumah, membelek bunga
sedangkan ibu lagi ke pekan.

sesudah malam,
walau tahu dia keluar menonton bola,
aku seperti bisa membayang abang
di sudut dapur, membancuh milo-nya.

bayang kamu ...
sudah puas aku cari-geledah setiap isi rumah,
tak terjumpa kesan,
di mana kali terakhir kamu berada.

mungkin kerna sudah lama
maka, bayang-mu tidak terkesan di rumah kita.

have a safe journey
back to our home, Adik.
We're waiting for you :)
sarahsaa'din

Friday, August 14, 2015

#101 Calar



Jika aku-mu bisa menatap rupa-ku yang tidak mulus lagi berparut, sudi-kah kiranya kau menerima hati-ku penuh calar lagi berbekas duka?

sarahsaa'din

Wednesday, July 1, 2015

#100 Janji Sendiri


Untuk ke berapa kali,
aku kalah dengan diri sendiri.
Untuk ke berapa kali juga,
aku mungkir janji sendiri.

Untuk kesekian kali,
aku masih beri peluang lagi.
Untuk kesekian kali juga,
aku maafkan diri sendiri.

Sudah tibanya waktu,
aku pegang janji sendiri,
untuk tidak mungkiri-nya lagi.
"Moga ini terakhir kali."

sarahsaa'din

Wednesday, April 8, 2015

#96 Karakter


"Kau dah banyak berubah."

Salah.
Tidak pernah berubah,
cuma bertukar topeng
yang berlainan cerita setiap satunya
yang aku guna-pakai
di lain-lain masa.

Kau juga ada.
Mereka yang lain juga.
Cumanya,
topeng-topeng kau,
tidak pernah aku beza-bezakan.
Kerana selagi si pemakainya; -- kau,
masih tetap aku suka.

itu bezanya orang yang pandang rupa,
dengan orang yang suka karakternya.

sarahsaa'din

Thursday, April 2, 2015

#95 Kerana Sayang


kerana sayang, Dia ajar kita merasa susah.
kalau tidak, Dia biarkan tidak di-endah.
kerana sayang, Dia tunjukkan jalan.
kalau tidak, Dia biarkan sesat tidak pulang.
kerana sayang, Dia mahu kita belajar
erti payah sebelum senang.
kerana sayang, Dia sentiasa ada
walaupun kadang, kita terlupa.

terima kasih untuk "sekali lagi" peluang.
sarahsaa'din

Tuesday, March 17, 2015

New Life.


Have you ever felt short of breath when you are running for miles without any warming-up session before it ? Or, have you ever experienced body aching after dancing out of beats ? Yet still, you love it. You love the sweats, pains, struggles as it makes you stronger than ever. That is precisely how I feel right now, and hell yeah, I am not regretting any of my decisions made !



Ouh, hello 2015 !
My new year just started.
sarahsaadin


Sunday, December 28, 2014

#93 Farewell 2014


One of many years that I wish to remember for many years to come -- 2014.

2014 has been too good for me. So many good things happened. So many good memories I have made. I learnt about how's life being so fair to me, I learnt that best friends can either be your family or foes, and I got to know the feeling of seeing beautiful rainbow after stormy rainy weather. 2014 helped me find my oneself, helped me forgot those struggling year of 2012 and self-recovery phase in 2013. This year proved I grew stronger than before, in a new self-perspective, and yeah, I like this new me.

Scrolling down my Facebook timeline for this year and I realized that I have achieved so many personal goals. Though I struggled at first, but then, in the end I smiled and being proud of myself. Not just to say that I'm proud of myself as I graduated this year along with my fellow friends, but the most important thing that I have achieved in this year was, I re-discovered myself.

Since two years ago, I was not really emotionally stable, but I hid it well. Yeah, I expressed them mostly through writing. Sometimes I did cried myself to sleep yet still managed to put a smile on my face the next day. I was a little bit lost back then, and it took me two freaking years to be at this point I am standing right now. I have being mean towards few people simply because I found it was too hard for me to explain to them, or maybe they might not gonna understand my problems at all.

I learnt a lot about life.
1. Life is like a mysterious maze.
2. Look for Him, you will found your way.
3. You are on the right track when you are not interested with the past.

I learnt a lot about myself.
1. Writing is a therapy for me.
2. It also an escapism for me and makes me a little less cruel.
3. To only think about your feelings is not selfish. It is self-respect.

Life-hack that I have learnt:
"Pura-pura kau kuat, sampai satu masa kau lupa kau lagi sedang pura-pura, dan yang cuma tinggal hanya kau yang kuat sahaja."




Aku masih dalam perjalanan
mencari aku, juga sedang mengenal Tuhan.
sarahsaa'din



Saturday, September 20, 2014

#90 At A Junction


Why keep coming back when you don't wanna stay for once?
I refuse to reply your another "Hello" after several painful "Goodbye"
Tired of holding on to your false hope
Tired of chasing your steps
So now, just let me walk off you
And I shall let you run after my shadow,
as I'm turning my back on you.

sarahsaadin

Saturday, December 15, 2012

#57 Because I Once Loved You Before


Apa mahu mu ?
Beritahu aku .

Banyak berkongsi cerita,
setelah lama tidak bersua.
Tapi, tidak semuanya.

Aku akui.
Terasa selesa bersama.
Habiskan masa seperti dahulu kala.
Tidak tahu silapnya di mana,
kerana sudah tiada lagi "kita".

Pesan aku ;
"Jangan buat rasa itu datang balik".
Bukan tak mahu,
tapi takut.
Takut yang paling susah aku buang.

Mungkin aku keliru dengan rasa sendiri.
Mohon kotak hati terus kukuh.
Penat siang malam berkerah tenaga,
membina semula.
Belum masanya untuk roboh.

I was >thisclose< to love you once again.

Friday, December 14, 2012

#56 Don't Play With The Fire


Dalam masa dua bulan ini,
aku bahagia.
Gembira diberi peluang merasa,
bahagia dahulu yang pernah milik kita.
Tapi, aku fikir, aku perlu berjaga-jaga.
Kerana hati ini,
hati-hati untuk tidak leka,
apabila aku sudah mula rasa selesa.
Takut dahulu itu masa ada.

Mungkin, kau perlu cuba.
Cuba lebih dari mulanya.
Kerana payah buat aku terima,
seperti sebelumnya.
sarahsaadin

Thursday, November 29, 2012

#55 I Don't Want a Repetitive Event


Agak kekok bila malam aku
mula terisi dengan kamu.
Lagi kekok bila kamu
bicara perihal dua tahun lalu.
Aku keliru,
tidak tahu apa mahunya kamu.

Aku takut kalah dengan bayang sendiri.
Takut luka lama berdarah kembali.
Juga risau peristiwa sama berulang lagi.
Berkemungkinan aku akan jatuh
pada tempat yang sama,
kalau terus begini.

sarahsaadin

Wednesday, November 14, 2012

#54 Kadang-Kadang


Orang kata, tak baik tinggalkan orang.
Tak baik juga lukakan hati orang.
Takut-takut nanti dibalas sedemikian rupa.
Tapi, adil kah buat kita yang selalu ditinggalkan ?
Kenapa adil pula buat dia yang meninggalkan ?
Adil jugak kah untuk kalian menghakimi ?

"Kadang kadang, kita kena tinggalkan orang untuk kebaikan diri kita sendiri.
Kadang kadang, kita tinggalkan orang sebab harga diri.
Walaupun hati rasa sayang separuh mati.
Kadang kadang, benda ini semua susah bagi kita.
Tapi ada masa kita terpaksa, kalau tak, derita sehingga penghujungnya."



Monday, November 5, 2012

#53 I Just Don't Get It

Kau biar diri kau disakiti lagi.
Aku penat dengar cerita yang sama berulang kali.

Cakap tidak serupa bikin.
Semalam cakap lain,
hari ni dah keluar cerita lain.

Kau boleh tipu aku,
tapi aku tak buta lah.

Aku nampak depan mata.
Bila mulut dan hati kau tidak sekata.
Jelas sangat kau masih mahukan dia.

Sedangkan hati kau
sudah cukup rabak dikerjakannya.

Yang ikhlas,
kawan kau.

Sunday, October 28, 2012

#52 Bulan


Kamu tak pernah terkecuali dalam doa aku.
Cuma tu termampu aku.
Paling tidak, sudah aku ikhlaskan hati,
dari terus membenci.
Tak boleh nak benci, sebab hati dah suka.

Aku tak mewah untuk belikan yang mahal.
Tapi, aku ikhlas untuk mendoakan.
Selamat ulang tahun.
Moga tercapai apa yang dihajati kamu.

sarahsaadin

Sunday, October 14, 2012

#46 Evening Coffee



Having coffee while enjoying the smells of it, really put me at ease. It calm the most chaotic place deep down in my heart. All I know, it was a mess, once before. It took a bit longer than the last time, to be stabilize. Well, at least, I'm more sane now. Stronger than ever. I can feels the brand new me. I won't look back anymore. La echo, esta echo.

sarahsaadin

Saturday, September 22, 2012

DuaSatu


21 on 21 !
They are my friends, siblings, family, nyawa-nyawa. You name it.
They 're always with me through my ups and downs.
"Sakai mana pun diorg, itu je yg aku ada sekarang :)"

Sungguh tak sangka. Diam-diam Syakilala sakit gigi, diam-diam berisi,
penuh konspirasi ! :')
Hi, I'm their Kak Long.
On my big day, I felt so small with a big heart,
having them by my side,
who was so surprised with their plans.
I'm so touched until I cried.
No matter what's gonna happen in the future,
I will always and always be Kak Long.
Korang punya Kak Long. Sampai mati.
Korang tahu aku sayang setiap sorang,
seperti apa adanya. :')


Monday, August 27, 2012

#40 Confused


Aku tahu, kau tidak tahu.
Tapi aku mahu kamu tahu,
yang sebenarnya.
Kau dan kamu,
manusia berbeza.
Tapi aku,
tak faham kamu.
Aku lagi tak faham aku.
sarahsaadin

Saturday, August 25, 2012

#39 Pengakhiran


Perlu kamu tahu, tentang sesuatu.
Aku sudah lepaskan kamu,
untuk aku terus hidup.
Aku lepas kamu setelah
sembilan purnama, rasa ini membelenggu.
Sungguh, aku lesu.
sarahsaadin