Followers

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

#102 Bayang Kamu


Inspired by my random thoughts that I tweet-ed on Aug 5, 2015.




bila pagi,
aku bisa melihat bayang ayah semalam
di meja kerjanya,
berteleku dengan buku.

menjengah senja,
aku seperti terlihat bayang ibu
di teres rumah, membelek bunga
sedangkan ibu lagi ke pekan.

sesudah malam,
walau tahu dia keluar menonton bola,
aku seperti bisa membayang abang
di sudut dapur, membancuh milo-nya.

bayang kamu ...
sudah puas aku cari-geledah setiap isi rumah,
tak terjumpa kesan,
di mana kali terakhir kamu berada.

mungkin kerna sudah lama
maka, bayang-mu tidak terkesan di rumah kita.

have a safe journey
back to our home, Adik.
We're waiting for you :)
sarahsaa'din

Sunday, May 10, 2015

#97 Hujung Nafas


Salam hari Ahad, Ibu !
kerana Ibu tidak perlu di-rai pada cuma hari tertentu.
juga kerana aku kedekut tidak mahu
berkongsi Ibu, dengan yang lain.

jadi, biar-lah gambarnya
cuma ditatap oleh aku
juga wali bertiga aku,
yang selain Ayah.

Hingga hujung nafas kami,
Ibu sentiasa di-rai,
hari-hari.

sarahsaadin

Friday, March 22, 2013

#64 Sayonara


Jauh-jauh terbang,
terbang ke negara orang,
untuk belajar susah senang,
sayang kami, tinggal-tinggalkan,
sayang kamu, kami doakan,
jangan lupa, kenang-kenangkan,
sungguh kami tiada di pandangan,
kami ada saat kamu susah senang.


Terbang baik-baik, sayang.
Moga semuanya senang.


sarahsaadin