Apa mahu mu ?
Beritahu aku .
Banyak berkongsi cerita,
setelah lama tidak bersua.
Tapi, tidak semuanya.
Aku akui.
Terasa selesa bersama.
Habiskan masa seperti dahulu kala.
Tidak tahu silapnya di mana,
kerana sudah tiada lagi "kita".
Pesan aku ;
"Jangan buat rasa itu datang balik".
Bukan tak mahu,
tapi takut.
Takut yang paling susah aku buang.
Mungkin aku keliru dengan rasa sendiri.
Mohon kotak hati terus kukuh.
Penat siang malam berkerah tenaga,
membina semula.
Belum masanya untuk roboh.
I was >thisclose< to love you once again.
No comments:
Post a Comment