aku gemar menulis.
sekadar melapangkan dada
dengan berkongsi rasa yang ada
tentang pelbagai perkara.
tapi aku takut.
gusar juga.
risau sekiranya ada yang menganggap
aku sebagai sebuah buku yang mudah
ditafsir isi kandungannya.
kerana setahu aku,
setiap rasa yang aku coretkan
tidak separuh pun daripada
apa yang cuma aku faham.
sarahsaadin
No comments:
Post a Comment