Followers

Showing posts with label words. Show all posts
Showing posts with label words. Show all posts

Sunday, November 19, 2017

#112 Someone New



Someone new, or passing through
who came into our life,
bringing his/her whole life with
maybe, wounded heart or unsolved problems
looking for remedy or solutions,
or maybe, as a lesson
for us to learn from.

Meeting someone new in our life
is something astonishing.
That's because they come along
with their past, present and hopes for the future.

sarahsaa'din

Monday, October 9, 2017

#110 Perempuan Kebal



menjadi perempuan kebal itu tidak salah
jika perisai tebalnya dipegang megah.

perempuan kebal itu jangan kau pandang rendah
kalau sakit jatuhnya tidak pernah di-endah.

menjadi kebal untuk nanti tidak kau menengadah
itu kiranya sifat asli perempuan gagah.

Hai perempuan kebal, sungguh; kau tabah!
Ketahuilah bahawa kau itu tidak seorang di-tiap jatuh rebah
kerana Allah dengar setiap keluh-kesah.

jangan gundah-gelana
kiranya kau dibanding
seolah kau tidak semegah
perempuan lain.
Kau; perempuan kebal.

sarahsaa'din


Monday, April 25, 2016

#107 For A Better You


Wounds won't heal,
if you keep reminiscing.

Heartbroken won't recover,
if you are denying reality.

Moving on ain't that hard at all,
if you stop looking the rear-view mirror.

Starting afresh ain't bad idea after all,
if you dream a brighter future.

sarahsaa'din


Wednesday, March 9, 2016

#106 Belum Penamat


Penat usaha,
masih di tempat sama.
Gigih bekerja,
masih juga di tokok sama.
Walau berkali jatuh, tak apa
rezeki masing-masing tak sama.

"because life is a never-ending marathon"

koma tak apa, noktah jangan.
sarahsaa'din

Tuesday, January 12, 2016

#105 Priceless


Lebih takut tidak punya masa, dari tidak berharta.
Punya banyak harta, bukan kau boleh beli masa
 -- duit ada, tapi esok belum pasti ada.
Punya masa; lagi kaya dari yang banyak harta
 -- kalau esok kau masih ada, maka kau ada peluang cuba banyak benda.

Hargai yang ada, selagi ada
 -- jangan dikejar yang tiada jaminannya.

Hari ini kaya, kalau esok mati,
tidak juga kau bisa bawa semuanya ke kubur.
Dan kalau kau diberi lebih satu hari untuk bernafas,
masih kau bisa luangkan masa dengan kesayangan.

Masa adalah sesuatu yang tidak bertanda harga.

Kalau masa bisa dijual-beli,
rasanya aku yang paling miskin sekali.


sarahsaa'din


Sunday, August 16, 2015

#102 Bayang Kamu


Inspired by my random thoughts that I tweet-ed on Aug 5, 2015.




bila pagi,
aku bisa melihat bayang ayah semalam
di meja kerjanya,
berteleku dengan buku.

menjengah senja,
aku seperti terlihat bayang ibu
di teres rumah, membelek bunga
sedangkan ibu lagi ke pekan.

sesudah malam,
walau tahu dia keluar menonton bola,
aku seperti bisa membayang abang
di sudut dapur, membancuh milo-nya.

bayang kamu ...
sudah puas aku cari-geledah setiap isi rumah,
tak terjumpa kesan,
di mana kali terakhir kamu berada.

mungkin kerna sudah lama
maka, bayang-mu tidak terkesan di rumah kita.

have a safe journey
back to our home, Adik.
We're waiting for you :)
sarahsaa'din

Wednesday, July 1, 2015

#100 Janji Sendiri


Untuk ke berapa kali,
aku kalah dengan diri sendiri.
Untuk ke berapa kali juga,
aku mungkir janji sendiri.

Untuk kesekian kali,
aku masih beri peluang lagi.
Untuk kesekian kali juga,
aku maafkan diri sendiri.

Sudah tibanya waktu,
aku pegang janji sendiri,
untuk tidak mungkiri-nya lagi.
"Moga ini terakhir kali."

sarahsaa'din

Wednesday, June 3, 2015

#99 Masih Tetap Di Situ


Aku tahu rasanya bila-mana
mata kau masih tetap disitu
buat bertahun lama,
tetapi hati tidak juga berganjak.

Rasanya sama seperti
kau tetap memandang belakang dia
dalam diam,
berharap dia 'kan sedar

Kiranya bertahun dia tetap juga
tidak menoleh ke belakang,
ada wajarnya
kau pula menoleh ke kiri kanan.

Mana tahu,
ada sepasang mata dalam diam,
mengharap peluang
untuk dia melepas panah ke hati kau.
Siapa tahu ?

sarahsaa'din

Saturday, May 16, 2015

#98 Sepasang Mata


Kadang ada masa aku terfikir.
Apa ada mata yang dalam diam
melihat aku dari jauh,
senyap-senyap menjaga aku dengan doa?

Mata yang suka pada aku,
Mata yang nampak cela
sebagai sesuatu yang sempurna.
Sepasang mata yang senyum,
tapi malu untuk berkata.

"moga diberi kekuatan
untuk berkata suka."
sarahsaa'din

Wednesday, April 8, 2015

#96 Karakter


"Kau dah banyak berubah."

Salah.
Tidak pernah berubah,
cuma bertukar topeng
yang berlainan cerita setiap satunya
yang aku guna-pakai
di lain-lain masa.

Kau juga ada.
Mereka yang lain juga.
Cumanya,
topeng-topeng kau,
tidak pernah aku beza-bezakan.
Kerana selagi si pemakainya; -- kau,
masih tetap aku suka.

itu bezanya orang yang pandang rupa,
dengan orang yang suka karakternya.

sarahsaa'din

Thursday, April 2, 2015

#95 Kerana Sayang


kerana sayang, Dia ajar kita merasa susah.
kalau tidak, Dia biarkan tidak di-endah.
kerana sayang, Dia tunjukkan jalan.
kalau tidak, Dia biarkan sesat tidak pulang.
kerana sayang, Dia mahu kita belajar
erti payah sebelum senang.
kerana sayang, Dia sentiasa ada
walaupun kadang, kita terlupa.

terima kasih untuk "sekali lagi" peluang.
sarahsaa'din

Saturday, September 20, 2014

#91 Takut


aku gemar menulis.
sekadar melapangkan dada
dengan berkongsi rasa yang ada
tentang pelbagai perkara.

tapi aku takut.
gusar juga.
risau sekiranya ada yang menganggap
aku sebagai sebuah buku yang mudah
ditafsir isi kandungannya.

kerana setahu aku,
setiap rasa yang aku coretkan
tidak separuh pun daripada
apa yang cuma aku faham.

sarahsaadin

#90 At A Junction


Why keep coming back when you don't wanna stay for once?
I refuse to reply your another "Hello" after several painful "Goodbye"
Tired of holding on to your false hope
Tired of chasing your steps
So now, just let me walk off you
And I shall let you run after my shadow,
as I'm turning my back on you.

sarahsaadin

Sunday, February 24, 2013

#62 Baru


... tuk tak ... tuk tak ...
gigih papan kekunci diketuk .
... shrit shrit ... shrit shrit ...
bergerisik kertas diselak .
... psst psst ... psst psst ...
sayup-sayup suara curi berbual .

sesekali ku curi pandang ,
tiada alis mata yang berbalas senyuman .

*mengeluh*

semua kepala menunduk malu
tapi bukan dengan aku ,
cuma berteleku ,
di depan komputer , endahkan kewujudan aku .


ini, baru buat aku .
sarahsaadin

Saturday, February 9, 2013

#61 Hujan Petang


Perlahan-lahan
Awan merendahkan diri
Mengalirkan warna air
Pada bumi.

Terduduk aku
Di kamar sepi
Menghela bayu dingin.

Perlahan-lahan
Titisan halus menikam
Bagai dingin lembing menusuk
Satu demi satu
Hilang bersama debu,
bersama aku.

sarahsaadin

Wednesday, October 24, 2012

#51 Not Much


Just stay, don't leave.
Stay where you are.
That's what I wish.

Well,
I'm not a convenience store,
where you can come and go.
Neither my heart isn't like the 7e's door,
where you can pull or push
because it aches when you do so.

So, please
just stay.
That's all I ask for.

Tapi,
jangan datang,
kalau niat nak pergi.
Jangan.

sarahsaadin

Sunday, October 14, 2012

#48 Random Mumble


Ingin selalu aku memetik nama,
kamu muncul depan mata.
Juga mahu terdetik di hati,
terus kamu muncul di sini.

Tapi, itu adalah
sesuatu yang tidak aku miliki,
apatah lagi, untuk bermimpi.

Tidak mengapa.
Aku sedar akan itu semua.

Kalau kamu mencari yang sempurna,
memang bukan sayalah orangnya.
Memang bukan.
sarahsaadin

#47 Dare Enough ?


I'm bulletproff. Take your aim and fire away.
You shoot me down ?
Naah ! I won't fall.
Ever again !

Try me, you'll be sorry.
sarahsaadin

Friday, October 5, 2012

#45 Reminder

Jangan desperate mengejar cinta tak pasti,
takut dia lari menghilangkan diri.
Biar sahaja ia datang naturally,
mungkin akan kekal di sisi.
Slow and steady. :)

cheers;
sarahsaadin

Saturday, September 29, 2012

#44 Untitled


Tiga bulan yang lalu,
masih ku bilang sayang.
Oh, rasa itu sudah lama hilang.
Hingga tiba suatu hari,
muncul seorang lagi,
yang buat aku jatuh kembali.
Jatuh terjelepok, sakit.
Jatuh ke tempat yang sama.
Tempat di mana asalnya
aku nekad mahu mula semula.


sarahsaadin