Followers

Monday, October 9, 2017

#110 Perempuan Kebal



menjadi perempuan kebal itu tidak salah
jika perisai tebalnya dipegang megah.

perempuan kebal itu jangan kau pandang rendah
kalau sakit jatuhnya tidak pernah di-endah.

menjadi kebal untuk nanti tidak kau menengadah
itu kiranya sifat asli perempuan gagah.

Hai perempuan kebal, sungguh; kau tabah!
Ketahuilah bahawa kau itu tidak seorang di-tiap jatuh rebah
kerana Allah dengar setiap keluh-kesah.

jangan gundah-gelana
kiranya kau dibanding
seolah kau tidak semegah
perempuan lain.
Kau; perempuan kebal.

sarahsaa'din


No comments: