"Bintang, teruslah bersinar. Mahu aku tidur di bawah kerdipan kamu."
"Bulan itu sentiasa ada walaupun tidak kelihatan, kerana saya rasa kehadirannya disebalik awan kelam."
"Bintang tidak kelihatan untuk menemani bulan pada malam ini,
akan tetapi ia masih kelihatan dalam bayangan mata ini."
"Bintang itu ada, cuma kadang tidak begitu kelihatan.
Mungkin kerana bulan itu lebih bersinar dan menerangi langit malam."
"Bulan tidak bercahaya. Bulan cuma pinjam cahaya,
dari bintang (iaitu Matahari) yang dipantulkan ke bumi."
"Bulan hilang saat mentari datang.
Aku takut kalau ia selamanya hilang."
"Bulan tidak pernah hilang di siang hari,
bulan cuma tidak kelihatan. Tetapi, ia sentiasa ada di sisi."
"Langit gelap, kelam sekali. Tiada nampak, bayang dinanti.
Duhai bulan, tunjukkan diri. Aku rindu sekali."
"Langit malam, guruh berbunyi. Tanda hujan membasahi bumi.
Bulan oh bulan, tolong terangi, malam yang sepi."
"Ke mana hilangnya bintang penyeri, kembalilah lagi.
Malam ini sunyi sekali."
"Kini langit cerah kembali,
muncul lah bulan serta penyeri di sisi."
"Bulan tampak terang sekali, mungkin kerana punya bintang hati."
Kini, kita tidak lagi membicarakan tentang hati.
Kerana langit ini bukan kita miliki.
Terima kasih kerana pernah singgahi, hati kering ini.
Terima kasih juga kerana berlalu pergi, tanpa aku sedari.
sarahsaadin
No comments:
Post a Comment