Empat belas hari berlalu.
Aku masih binggung
dengan rasa punya aku.
Aku masih keliru
dengan kehendak aku.
Setelah lapan purnama
keputusan dikeluarkan,
tanpa sebarang notis
diuar-uarkan,
tentang sebabnya kenapa.
Aku tidak tahu mengapa
aku masih di sini,
begitu takut untuk menyapa.
Menyapa figura itu,
kerana aku tahu,
ia cuma imejan aku.
Tidak mengapa.
Aku cuma mahu kamu tahu,
aku lihat kamu
seperti hamparan bumi
yang mendamaikan buat aku.
Tidak perlu buat kamu
untuk berasa berat hati
atau terbeban bahu,
kerana ini cara aku.
Cara aku
mengekspresikan emosi.
Cara aku
Menyatakan rasa hati,
yang belum mati.
Ini cara aku lihat kamu.
Kalau kamu mahu tahu.
Maaf.
Maaf kerana,
aku sayang kamu. Masih.
sarahsaadin
No comments:
Post a Comment