Followers

Monday, August 6, 2012

#34 Chantek


Rungkaikan ikatan riben merah itu.
Biarkan rambut kamu mengurai.
Kamu cantik dengan begitu.
Rambut kamu manja ditiup angin lalu.

Sisipkan selendang kamu dengan rapi.
Sematkan kerongsang di bahu kiri.
Kamu tampak ayu begini.
Angin menyapa tudung kamu, lembut sekali.



Cantik itu kan subjektif ?
Cantik itu berbeza bagi setiap lensa. Ayu itu tidak sama bagi setiap kaca mata. Masing-masing punya citarasa sendiri. Tapi tidak perlulah sampai mengeji. Elok kamu berdian diri, bimbang ada yang terguris hati. Kerana setiap satu kejadian punya hikmah tersendiri.

Buat permata hati sekalian,
usah bimbang, atau gundah-gulana,
kerana di luar sana,
ada mata yang melihat anda
cantik seperti apa adanya.

Allah's creations are the most beautiful thing. 
Every single of it. Each one of them
have its own uniqueness.
Don;t worry, you are beautiful
just the way you are.
Just the way He made you.

sarahsaadin

No comments: