Followers

Monday, July 16, 2012

#28 Short-term Memory


Kadang-kadang aku benci dengan short-term memory. Well, I'm talking about myself. Aku mahu terus menulis, mencoret setiap satu rasa yang aku punyai, di sini. Aku anggap ini jurnal peribadi aku di mana aku catat setiap satu peristiwa penting di sepanjang perjalanan hidup aku. Tapi, aku cuba untuk tidak mengekspresikan setiap satunya dalam bentuk karangan, mahupun cerpen, kerana aku tahu, aku akan banyak merapu. Lalu, aku nekad untuk ubah cara aku, dalam penyampaian sesuatu mesej yang aku mahu kongsikan dalam bentuk puisi (can I call it poems?). Whatever.

Kerana, dalam bait puisi yang aku cipta,
terkandung rasa, yang cuma aku sahaja tahu.
Tapi, rasa takut itu ada.
Takut kalau, rasa yang aku kongsi itu akan hilang dalam sekelip mata.
sarahsaadin

2 comments:

Ariff Masrom said...

Jika rasa itu dapat dikongsi dengan semua,
Ia lebih baik.
Tidak lah kamu rasa seorang. :)

SarahSaa'din said...

Saya cuba sedaya saya ! :)