Followers

Thursday, May 30, 2019

#118 Malu Dengan Tuhan


Malu dengan Tuhan;
Maka diwujudkan rasa bersalah pada dosa semalam.
Walau cuma sekelumit rasa yang terbit, jangan dibiar saja tanpa pengampunan.

Syukur Tuhan masih titipkan rasa mahu balik pada yang baik.
Syukur Tuhan masih beri peluang kita tinggalkan apa yang patut dibuang.
Takut rasanya jika ditutup hati kita untuk berubah.
Gerun kiranya aku fikir kita dibiar terus sebagai pendosa hilang arah.

Malu dosa semalam, masih disayang Tuhan.
Tuhan ada; sentiasa tunggu kita pulang.
Cuma apa betul kita mahu, atau kita hanya cuma malu.
Terserah kamu.

Sedangkan bersalah dengan manusia juga
disarankan memohon maaf,
Apatah lagi berdosa dengan Tuhan.
  

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ 

And [saying], "Seek forgiveness of your Lord and repent to Him, [and] He will let you enjoy a good provision for a specified term and give every doer of favor his favor. But if you turn away, then indeed, I fear for you the punishment of a great Day.   Hud (11:3)

sarahsaa'din


No comments: