Followers

Tuesday, April 23, 2019

#116 Jangan Sampai

Jika ada manusia yang memangku kau tika jatuh, mereka selayaknya di-raikan, bukan untuk kau buang-buang bila tidak lagi perlu.

Jika ada manusia yang terima segala cela-mu, hendak-lah kau hargai mereka dan jangan pula kau endahkan kewujudannya  sesudah itu.

Harus kau ingat, Tuhan masih sayang maka Dia hadirkan mereka-mereka yang bersanggupan apa saja agar kau tak tersakiti.

Jangan sampai Tuhan tidak lagi peduli, kau yang terkapai-kapai mencari tempat berpaut hanya kerana kau tidak juga belajar menghargai apa yang kau ada hari ini. 

sarahsaa'din

No comments: