Followers

Sunday, September 25, 2016

#108 Complexity



Ada ketika, separuh rasa --
aku berharap kau takkan faham
apa pun bait ayat yang aku susun
kerana di-sebalik setiap satunya,
tersembunyi perasaan aku.
Rasa yang separa lagi --
membuak emosi ingin meluah kata
yang terkait dengan picisan ini.
Sama seperti; -- aku bersembunyi,
berharap tidak di-ketemui, juga mahu di-jumpai.


sarahsaa'din 

No comments: