Biar pun perpisahan
Tidak beserta salam dan kucupan,
Cukuplah kiranya dipanggil Tuhan
Pada malam ke-10 terakhir Ramadan.
Sungguh besar rezeki kalian
Untuk kembali pulang
Pada penghulu segala hari
Sedangkan kami yang masih di sini
Belum tentu boleh kembali
Selagi sangkakala tidak berbunyi.
Kerana sekejap lagi pun
Belum tentu milik kita.
Kerana sedetik lagi pun
Kita tidak menahu apa.
Terima kasih kerana
Seiring pemergian kalian disertakan peringatan
"Kita pasti bertemu Tuhan".
Doa kami agar kalian terusnya aman.
sarahsaadin.
No comments:
Post a Comment