#85 Harus Sedar
Kadang-kadang perlu juga merasa kerdil,
Biar bukan di mata sesiapa,
Walau cuma kita yang rasa.
Biar kita tahu, sedar
Kita cuma kecil sebesar hama,
dari riak membongkak mahu dibandingkan Dia.
Seperti --
Jangan pernah tak merasa syukur ketika selesa,
mahupun bila serba-serbi ada.
Kerana sifat azali manusia,
kadang-kadang,
cuma sedar atau ingat -- setelah tiada.
No comments:
Post a Comment