Followers

Monday, July 29, 2013

#75 Tak Tergambarkan

Apa rasanya bila mana kewujudan kau disembunyi?
Lagi-lagi dari hidup manusia yang kau kasihi.

Adakah sama rasa seperti seorang anak berstatus tidak diikhtiraf?
Bila hadirnya tidak disambut senyum,
malah ceritanya mahu ditutup-tutup.

Maaf, aku tak ada jawapan untuk itu.
Sesungguhnya, mereka tidak meminta pada Tuhan
untuk dijadikan begitu.
Tapi, kerana pengakhiran cerita sudah ada
saat roh ditiup masuk ke jasad.
Maka, mereka tiada pilihan, hanya cuma
dengan menjalani kehidupan berbaki.

Wallahi, aku tak tahu rasa mereka.
Tapi, aku tahu rasa dua baris pertama
picisan ini.
Jawapanya ada, cuma tak tergambarkan
dengan kata-kata.
Rasa itu ada, cuma situasi sedikit berbeza.

Aku mekanisma kompleks.
sarahsaa'din

No comments: