Followers

Tuesday, July 2, 2013

#73 Anestesia

Aku rindu aku yang keras.
Keras dahulu yang hatinya asal kebas.
Biar diapa-apa juga, tidak terbekas.

Aku yang sekarang -- ah, rimas.
Rimas kerana mudah lemas.

Hulurkan jarum,
mahu dibius hati biar kebas.
"Belum mati, kebas cuma."

sarahsaa'din

1 comment:

Unknown said...

hati yang kebas nnt x terasa
kalo x terasa nnt hati mati
biar terasa baru boleh tahu
bila dah tahu kita lebih matang