Followers

Monday, March 11, 2013

#63 Spaceless


Dulu, aku punya ruang sendiri.
Biar satu, paling tidak, ada juga buat aku.
Jadi tempat yang boleh sembunyi aku,
atau lari dari kamu ?

Kenapa mesti disoal tentang ruang itu ?
Ruang yang ada seperti bisa ditelus,
-- tembusi aku.
Seperti ada mata yang perhati aku.
Rimas, tahu ?

Rasanya, berkali aku buang kamu
campak sejauh mampu.
Tapi, kenapa masih mencari aku ?
Apa belum puas kau seksa aku ?

Mohon jangan buat aku benci kamu,
hanya kerana aku tak mampu buang kamu,
semampu aku.
sarahsaadin

No comments: